BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, Julai 09, 2009

Terima Kasih...... Sekalung Budi, Sejuta Kenangan.....

Selautan penghargaan buat semua yang menjadi penyokong dan pendorong selama ini. Tanpa sokongan dari anda semua, tak mungkin saya akan berada disini dan mencapai kejayaan... Dari mula bertatih di awalan sehingga cuma beberapa langkah sahaja lagi untuk saya menjulang kejayaan. Segala jasa dan bakti kalian akan tetap dikenang sampai akhir hayat....

Ini diantara orang2 yang banyak berjasa dalam membentuk kejayaan saya.... mai kita tengok... yang lain-lain tu.. nanti2 lah saya publish k...( speeking la pulok...)


Ini lah insan yang teristimewa yang pertama memberikan saya peluang untuk meneroka alam dengan didikan dan ilmu yang selama ini diketahui tapi tak di praktikkan.... Saya kagum dengan ketelusan, kegigihan, keazaman beliau mendidik anak bangsa dan mengharungi pahit getir untuk satu tujuan dan matlamat memajukan anak bangsa.


Keperihatinan beliau dalam kebajikan masyarakat Malaysia harus dipuji. Tidak mengenal rupa paras, warna kulit, darjat dan siapa anda, beliau akan terus menghulurkan bantuan selagi terdaya.......




Terusik jua hati ini, bila tadi beliau membicarakan tentang ada dikalangan pelajar beliau yang mengkritik dan menidakkan tugasan beliau.... Mereka ni bg saya macam tanggang yang lupakan ibunya....mmmm entahlah...

Doa saya semoga apa yang dihajati dan diidamkan dalan merubah masa depan Kerja Sosial akan beroleh KEJAYAAN...
amin....
Kenangan Manis bersama dengan Orang Yang Cukup ISTIMEWA.....
Terima kasih tak terhingga .....Dr Azlinda Azman


Ada lagi.......




Sifat keibuan yang terserlah pada beliau amat menarik hati saya dan ramai rakan-rakan seperjuangan saya yang lain.... betul tak, rakan-rakan?



Segala kemahiran keperibadian seorang insan telah diterapkan kepada kami... terima kasih kerana sudi mendidik kami mempelajari erti kehidupan seorang insan...


Terima kasih... Dr. Noriah Mohamed

Mmmmmm........
Saya baru mengenali beliau ketika belaiu menjadi penyelia saya semasa Praktikum I. Seorang yang cukup perihatin terhadap golongan ORANG KELAINAN UPAYA (OKU).

Sejak mengenali beliau,... beliau mudah tersentuh dengan golongan seperti ini. Saya amat terharu meliahat beliau menitiskan air mata setiap kali berbicara berkenaan golongan ini.....

Saya berharap akan mendapat tunjuk ajar dari beliau dan mempelajari sedikit sebanyak untuk mendekati hati dan perasaan golongan OKU sepertinya...

Terima Kasih.....

Prof Madya Dr Angeline S.B Cheah



Mmmmm.... jangan gossip na.....

Ini merupakan SENIOR saya yang banyak membantu dalam urusan pembelajaran. Banyak memberikan tunjuk ajar dalam pengajian, melakukan tugasan, laporan dan sebagainya....

Mengenalinya sewaktu menyertai Ko-K Rancangan Khidmat Masyarakat (RKM) amat mengembirakan...
Menjayakan projek-projek kemasyarakatan bersama teman2 lain satu pengalaman dan kenangan manis yang tak semua orang akan dapat.... Indahnya...
Walaupun sekarang beliau dah kuar, tetapi jasa mu tetap diingatan... Doa saya semoga anda beroleh kejayaan diluar sana.....


Terima kasih...... Ton..... ( maaf la....tak ingat nama penuh)

Letih dah menaip ni.... nantilah saya ceritakan lagi ye......

Salam Sayang buat mereka yang pernah singgah di hati ini.......
Adigos.....

0 ulasan: