BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, Mac 08, 2010

Kawan...

1) kawan tu bkn mcm main FUTSAL.
Mula-mula kejar... dah dapat sepak...
2) kawan tu bkn mcm main SKATEBOARD .
Mula-mula gosok.. . lepas tu pijak...
3) kawan tu bkn mcm main RAGBI.
Mula-mula tangkap.. . dah dapat tendang.. .
4) kawan tu bknnya mcm PAMPERS .
dah pakai,buang.. .
5) kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS .
Waktu baru beli pakai. .. Dah sengkek gadai. ..
6) kawan tu bkn mcm PELANGI .
Hari cerah takde.. . hujan gerimis baru muncul...
7) kawan tu bkn mcm KERETA .
Rosak skit, jual. .. ambik kereta baru.. .
8) kawan tu bkn mcm CHIPSMORE .
kejap ade kejap takde.. .
9) kawan tu bkn mcm BANK .
Bila dah takde duit,pegi kat sana ambik. ...
10)lagi...kawan tu mcm ape ye????

Haa.. . kawan tu mcm AWAK LA . .
bila saya hantar update blog, awak akan bacadgn teliti sampai
habis...dan tersenyum2...

Walau ape pun tanggapan org tentang kawan...
bagi saya,kawan tu penting.
Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis,
sedih,berduka dan sebagainya.
Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan
berbincang tentang pelbagai perkara.
Yang penting,seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kpd
kawan-kawannya.. .

SAHABAT……..

Mengenali seseorang itu .....

Kadangkala membuat kita tertawa...

Dan kadangkala membuat kita mengalirkan airmata...

Mengenali seseorang itu juga mampu memberi kita sejuta rasa marah...

sejuta rasa sedih...

sejuta rasa gembira...

sejuta rasa sayang...

dan sejuta rasa rindu...

Sedarilah mengenali seseorang itu sebenarnya 1 anugerah , biarpun hadirnya

hanya seketika dan sekadar teman sementara...

bersyukurlah dengan kehadirannya kerana barangkali melaluinya....

Kita mengerti apa itu ........

ERTI PERSAHABATAN.....

Salam Kemaafan.....

Dah lama Yb tak Update blog,....

Tah lah jiwa Yb sedih dengan peristiwa itu... Walau baru-baru ni Yb dah buktikan sesuatu kejayaan dalam boling namun kejayaan itu tak dapat di raikan...

Yb menang lagi dalam pertandingan bowling. Yb dah buktikan ada mereka bahawa Yb tak main2...
Nantilah Yb ceritakan lagi yer... Nanti 20 dan 26hb Mac ada lagi pertandingan... semoga Yb dapat wat kejutan lagi.... Insya allah......

Kini jiwa Yb kembali tenang.....

ok.... doakan Yb yer...

Khamis, Februari 25, 2010

YB DIUJI LAGI……

Hari ini, hati Yb remuk sekali lagi… Entah kenapa Yb sering diuji dengan rintangan-rintangan untuk Yb mencapai keebahagiaan… Harapan yang tinggi menggunung hancur berkecai… Bagi Yb impian yang sedang dibina bakal merubah kehidupan Yb. Namun impian hanya tinggal impian setelah apa yang dihajati tidak kesampaian….

Segalanya akibat JANJI yang tidak ditepati oleh insan-insan MUNAFIQ… Rasa tanggungjawab Yb untuk membantu insan yang memerlukan bantuan namun telah menjadi sebaliknya…

Harapan Yb hancur dek kerana JANJI. Yb faham, Yb tak punya wang ringgit yang banyak untuk membahagiakan insan yang suci bak kain putih namum Yb yakin dapat memberikan sepenuh kasih saying Yb buat B—y itu… Namun harta juga yang dipandang walau terpalit dengan dosa yang telah menyelubungi diri…..
Biarlah Yb terima segalanya dengan hati terbuka…. Kenapa kesedihan masih menyelubungi diri Yb… Telah Yb lakukan yang terbaik untuk diri ini dan diri orang lain, namun begini juga balasan…

YB SERING MEMBAHAGIAKAN ORANG LAIN, NAMUM SIAPA YANG AKAN MEMBAHAGIAKAN DIRI YB???

Ya ALLAH, aku bermohon agar diberikan kekuatan dan sinar kebahagiaan untuk diri ini….

Apa yang berlaku… Yb PASRAH……..

Selasa, Februari 23, 2010

SABARLAH SAYANG KU

Tak tertahan hati mu menanti ku pulang
Kata ku …. SABARLAH SAYANG
Kan ku bawa kau pergi walau kemana pun
Kata ku …. SABARLAH SAYANGKU

Selalu kau tangiskan derita yang terpendam
Kata ku…. SABARLAH SAYANG
Tak sanggup ku begini menyiksakan hatimu
Kata ku…. SABARLAH SAYANGKU

Kupinta dari mu jangan biarkan kusendiri
Menangung asmara
Kau rela walau tak berada
Hanya cinta suci kau harap dariku
Usahlah kau mencurigaiku
Cinta ini hanyalah untuk mu

Kau takut nanti ku jemu memandang wajahmu
Kata ku…. SABARLAH SAYANG
Memakin hari ku kau tunggu risaunya hatimu
Kata ku…. SABARLAH SAYANGKU

Gembira bila ku pulang tak mahu ku lepaskan
Kata ku …. SABARLAH SAYANG
Walupun hari berlalu kau masih menunggu
Kata ku…. SABARLAH SAYANGKU

Telah kau bisikan pada ku suara hatimu
Kata ku…. SABARLAH SAYANG
Sampai bila kau tunggu hidup bersama ku
Kata ku…. SABARLAH SAYANGKU

Khas buat yang tersayang…..

SABAR YE….. SAYANGKU……………………..

TEMAN

Apabila kau ingin SESEORANG sebagai teman,
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kau mungkin akan menjauhinya....

Andai kau ingin SESEORANG sebagai teman,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kau akan membencinya....

Andai kau inginkan SESEORANG sebagai teman,
Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Kau mungkin akan memfitnahnya....

Andai kau inginkan SESEORANG sebagai teman,
Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kau mungkin akan menyalahkannya

Andai kau inginkan SESEORANG sebagai teman,
Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang TEMAN ,
Yang hanya manusia biasa....

Kelemahan ... Kekurangan ... Keburukan ..
Kalau itu yang kau boleh terima dari seorang TEMAN
Tidak mustahil kau akan memperolehi keseimbangan dalam berteman
Kerana kau juga tidak sempurna,
Tiada siapa yang sempurna.....

Hasil Nulikan…..
YB… Biarlah Bulan Bcara Sendiri

Kemaafan Dendam Yang Terindah.....

Yb, mohon maaf kerana telah lama tidah mencatatkan sesuatu dalam blog ni...

Bukan apa, fikiran Yb bercelaru dengan jiwa dan diri Yb sendiri.
Yb keliru antara kasih dan kasihan, Yb bimbang antara kawan dan sahabat, Yb binggung antara masa sekarang dan masa hadapan, Yb tidak fahan antara kejujuran dan kesetiaan....

Entahlah,... Yb ambil kesempatan cuti semester ni untuk pergi bercuti berseorangan... Pulau Perhentian menjadi destinasi untuk Yb mencari jawapan bagi soalan-soalan yang bersarang di jiwa Yb....

Disana Yb cuba memuhasabah diri. Mencari, berfikir, mendalami dan mentafsirkan segalanya...

Akhirnya.... Yb mendapat jawapan yang dicari...

Setelah kembali Yb rasa diri seperti MATI HIDUP SEMULA....
Yb akan memulakan kehidupan baru dengan Jiwa baru dan semangat baru...

Terima Kasih yang Maha Kuasa kerana memberikan cahaya dan petunjuk untuk meneruskan kehidupan....

Doakan Yb agar terus dirahmati dan diberkati di dunia dan akhirat...

Insya allah..... AMIN






Selasa, Februari 09, 2010

Team Boling YB's......

Hari Ahad baru ni (7.2.2010 ) Yb dengan team boling Yb masuk pertandingan boling anjuran Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan USM..

YB antar 3 team, 2 lelaki daan satu po
mpuan.....

Yang bestnyer team lelaki dapat tempat 1 dn 3 dari 6 pasukan dan
team wanita Yb menang tmpat 1 dari 13 pasukan...

Taniah buat semua... ini semua sebagai perlawanan latihan untuk menghadapi Sukan Antara Desasiswa (S
UKAD) di kelantan pada
26-28 Feb 2010 di Kelantan.


Mai kita tengok pic ni dan sama2 tepuk tangan sebagai tanda ucapan TAHNIAH buat semua....
Semoga kita akan menenpah kejayaan di SUKAD nanti.....



Team boling YB's bersama hadiah kemenangan...
Tak sia-sia berlatih dan memilih mereka dalam TEAM YB's


Team lelaki YB's :
Belakang (dari kiri) Hasnol, Ammar, Iman dan YB
Depan ( dari kiri) Wan dan Fahmi


Pretasi Yb ari tu tak berapa baik.... Dah cuba nak dapatkan tmpat ke2 tapi tak berjaya
Dapat No 3.. dan tak dapat best player pun...
Tapi Yb bangga dapat main.... Alhamdulliah....

Mantan NYDP MPDR, Adah pun main dalam team YB tau.... Ni gambar YB dan Adah ( Mantan YDP dan NYDP MPDR 2008/09)




TAHNIAH BUAT SEMUA....
Kita akan cuba buat yang terbaik di SUKAD nanti....

Kamu semua memang BEST GILER.....

Sabtu, Januari 30, 2010

Dimana Akal Fikiran Kita.....

Kita sering melaungkan keprihatinan kita tentang Golongan Orang Kurang Upaya ( OKU ).
Telah banyak kemudahan yang telah diberikan sama ada oleh kerajaan atau swasta untuk memudahkan golongan ini untuk meneruskan kehidupan seperti gologan biasa.
Namun masih banyak golongan dikalangan kita yang masih belum prihatin tentangnya.
Sayang kita telah dianugerahkan akal fikiran yang baik olehNya, namun masih beleun boleh berfikir secara baik.... Contohnya gambar dibawah ini diambil di satu IPT yang terkemuka di Malaysia.... Golongan ini golongan terpelajar namun dimana diletakkan anugerah yang telah diberikan.... Mari kita lihat dan renungankan.... Entahlah.....


Gambar-gambar ini Yb ambik sendiri dan lihat dengan mata kepala Yb sendiri


Meletakkan motor dilaluan pejalan kaki yang dikhaskan
untuk OKU... dah tak de tempat dah ker kat U$^^ untuk letak motor?
( penting diri sendiri......)



Bayangkanlah kalau kita di tempat OKU...
Tentu kita juga akan sumpah seranah orang ni kan.....

Sengaja YB letakkan tanda tu kat motor depa...
Biaq depa tau kesalahan depa...
Bagi pemilik motor PEV 1434 & PJB 4188.... sedarlah hak OKU
( tak kena kat depa tak perlah.... cuba kena kat depa, ......lu .pikiq lah sendiri)


Persoalannya....
Apa tindakan U$^^ yang sentiasa melaungkan keprihatinan terhadap OKU..
Dimana MPP U$^^ yang perlu mempertahankan hak OKU....
Diharap MPP U$^^ yang baru dilantik akan buat sesuatu....
Jangan kita asyik dok cakap jer..... hasilnya tiada....

Entahlah.... pikiiq-pikiq lah sendiri.....
Yb bercakap dari fikiran dan hati Yb....
( Maaf andai ada yang terasa.... tetapi itulah hakikatnya kehidupan.....)

...TANPAMU...

Aku...

Meniti hari-hariku tanpanya...
Mengharungi setiap detik tanpa cintanya...
Mendaki aku bersendirian...
Menuruni aku Berseorangan...

Kamu...
Aku tidak pasti hari-harimu tanpaku...
Jalan kau harungi bersama sisa cintaku...
Mungkin dakian kita kini berbeza...
Mungkin turunan kita kini tidak serupa...

Tapi...
Aku yakin...
Kita kuat dalam menghadapi saat ini...
Walaupun ada ketikanya aku jatuh kerana aku lemah...
Walaupun ada ketikanya aku tersungkur...tersandung...

Namun...

Aku bangun untuk meneruskan perjalanan yang masih panjang...
Aku gagahi menempuh onak dan ranjau demi mencorak sebuah kehidupan...
Aku kini sedar dari lenaku...
Aku bangkit dengan semangat baru...

Tanpamu...
Aku dapat rasai apa itu erti kehilangan...
Aku dapat lalui apa itu erti ketiadaan...

Buat dirimu...
Aku doakan setiap detik bahagiamu...
Aku doakan setiap ketika kejayaanmu...

Aku kini...
Mendoakan kebahagian buat diriku...
Mengharapkan sebuah kejayaan dariNYA...
Untuk aku lalui hidup ini dengan sempurna...
Untuk aku jalani hidup ini dengan tabah, cekal, berkeyakinan...

Hati ini...
Biar aku ubatinya lukanya dengan sedambar doa...
Biar aku baluti gurisnya dengan selaut usaha...
Agar dapat aku tutupi segalanya dengan selangit tawakal...

Aku tahu...
Tanpamu...
DIA sentiasa ada disisiku...


aku mungkin bukan sahabat "SEMPURNA"

yg kamu cari..

bukan juga yg "TERBAIK" diantara semuanya

tapi yg pasti aku sahabat yg akan

selalu INGAT pada mu..


Doa ku untuk mu...
dengan nama allah yg maha pengasih dan penyayang..
~AMIN~
Ya Allah ...
Panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,
terangi hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,
jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat
.....

Ya Muhaimin ...
Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu ....
Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hati-Mu.
Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah ...
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kejalan-Mu.. jika kau halalkan aku merindui sahabatku,
janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki,
rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-Mu.

Ya Allah ...
kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari-Mu dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup di dunia dan di akhirat kelak ... insya-Allah

AMIN....

Rabu, Januari 27, 2010

SAHABAT

Mengenali seseorang itu .....
Kadangkala membuat kita tertawa...
Dan kadangkala membuat kita mengalirkan airmata...

Mengenali seseorang itu juga mampu memberi kita sejuta rasa marah...
sejuta rasa sedih...
sejuta rasa gembira...
sejuta rasa sayang...
dan sejuta rasa rindu...

Sedarilah mengenali seseorang itu sebenarnya 1 anugerah , biarpun hadirnya
hanya seketika dan sekadar teman sementara...

bersyukurlah dengan kehadirannya kerana barangkali melaluinya....
Kita mengerti apa itu ........

ERTI PERSAHABATAN.....

Sabtu, Januari 23, 2010

TEMUDUGA TERBUKA!!!

Aslanwashere

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.
TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:
Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.
Sila lihat tawaran-tawaran lain sebelum menjadi jenazah

Mari Belajar Bahasa Jepun......

Bagaimana menyebut nama anda dalam bahasa Jepun.....
kita belajar bersama- sama.... Jom....


A - KA
B - TU
C - MI
D - TE
E - KU
F - LU

G - JI
H - RI
I - KI
J - ZU
K - ME
L - TA

M - RIN
N - TO
O - MO
P - NO
Q - KE
R - SHI

S - ARI
T - CHI
U - DO
V - RU
W - MEI

X - NA
Y - FU
Z - ZI


Sebagai contoh nama anda FIZA, so..

F- LU
I - KI
Z - ZI
A- KA

Nama anda dlm bahasa Jepun LUKIZIKA.

Contoh lain,. jika nama anda IWAN, jadi

I - KI
W - MEI
A - KA
N - NA

Jadi nama IWAN dalam bahasa Jepun adalah KIMEIKANA....

Selamat mencuba bahasa Jepun....

Daaaaaa.......


CINTA, SAHABAT , KAWAN & TEMAN

Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung... Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga.... Kenapa??


Kerana CINTA itu buta.. Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa??

Kerana... KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !! Di dalam telaga CINTA hilang.... Kenapa??


Kerana... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap....Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu.. Kenapa??

Kerana... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia.... kan ?? so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI....


Walau kita punya couple, teman still paling setia..
Walau kita punya harta banyak, teman still paling berharga.
frenz never break....... .....

KAWAN BOLEH DI CARI

TETAPI SAHABAT SUKAR DI CARI...

OLEH ITU CARILAH SAHABAT DARI KAWAN ATAU TEMAN..KERANA SAHABAT AMAT MENGERTI ERTI PERSAHABATAN SEBENAR...

MPD RESTU USM vs PUNCAK PERDANA UiTM.....

mmm.... hari ni Yb nak ceritakan pengalaman manis ketika lawatan muhibbah Uitm Puncak Perdana ke MPD Restu Usm pada bulan Mac tahun lepas..... ( hehehe dah dekat setahun dah pun... ) Masa tu Yb masih memegang jawatan YDP MPD Restu.....

Depa berurusan dengan HEP mohon untuk mempelajari sesuatu berhubung dengan pengurusan penghuni di kolej depa. HEP mencadangkan MPD Restu mengendalikan kerana HEP mengiktiraf MPDR adalah MPD yang teraktif dalam 13 MPD dalam USM... Bangga nya MPD di bawah pengelolaan YB boleh dapat pengiktirafan begitu.... Terima Kasih kepada semua exco yang telah menaikkan nama MPDR.


Ni gambar masa depa mula datang... ni kira gambar ucapan Selamat Datang lah.......

Sesi Perjumpaan Rasmi
Diketuai oleh En Azmi ( Pen. Penggawa ) Dari Desasiswa Restu dan
En Azhari Ketua Dari Kolej Puncak Perdana UiTM Shah Alam......


Ucapan Aluan dan Selamat Datang dari YDP MPD Restu....
dan terus bagi taklimat pasal MPDR
( hehehe.... Ada macam YB sebenar tak ? )

Ucapan Balas dari Presiden depa.... mmm Haikal kot nama dia...
( maaf lah Yb ni mudah lupa naa orang).....
dan bentangkan Laporan pasal kolej depa lah....
(amboi Presiden... cekak pinggang nampak... ada yang tak kena ker?


Barisan Exco MPD Restu..... cantik baju...


Barisan Exco Kolej depa.... mmm... manis... siap berkot lagi depa....



Lepas Taklimat dari semua dan perbincangan sikit...
apa lagi... MAKAN TIME.... Dr Rahimah, Penggawa Desasiswa Restu sudi menaja
Jamuan Tengahari tu.....
Terima Kasih Dr...

**************************************

Malan tu kami bawa depa semua gi makan pasembor, kerang bakar, ABC dan bihun sup best kat Padang Kota Lama .... Tapi sayang..... leka dok makan, sampai lupa nak ambik pic... ruginya...

********************************

Keessokkannya, kami bawa pula depa semua dan exco restu gi berkelah di Pantai Keracut....
Best sangat, rupa2nya depa ni pun bukan skema sangat, kat cini baru dapat tgk gelagat depa...
That day, kita wat permainan pantai, acara bagi hadiah, makan-makan, dan tidak dilupakan acara mandi laut.... Maaf la presiden, hang kena lempaq dalam air oleh YDP..... YDP selamat kerana benteng kuat.... hehehehe...

Any jom tgk pic kat bawah ni.... Jelas kan kegembiraaan semua..... Jom layaaaaannnn......





Amboi.... sempat bercinta lak.....
mmm.... apa kesudahan cinta mereka yer.....
nanti2 lah YB ceritakan......



Bestnyer.....



YDP MPD Restu Vs Presiden Puncak Perdana
Dua-dua best, dua-dua kelakar....

Lah..... jangan berebut hadiah tu..... jangan, jangan, jangan........

Ha.... tu la jangan berebut.... tengok sapa yang dapat..... ruby gak yang untung....
hehehehe....


Kenapa Yb.....?????
Pening kepala dibuatnya dengan karenah depa ni.....


Any way semuanya berjalan lancar...
Kamu semua memang best..
Mai la lagi no....
Nak tunggu kami tak tau la bila kami leh gi Uitm tu...
ALL THE BEST

Rabu, Januari 20, 2010

Adik-Adik Kesayangan Di JKM WPKL.......

Praktikum Pilihan Bahagian Warga Tua Dan Keluatga ( WTK ) JKMWPKL
24 Nov - 31 Disember 2009


Pertama :
Ni kat sebelah yang montel tu... Namanya Fiza
( Peace No War ) heheheheh....


Terasa muda lah pulak..... Encem dan Manis kan....
Camna PADAN tak agaknya....

Hidangan kami tengahari tu.....
Pizza kat Jalan Chow Kit...
Penat jalan kaki pergi balik.... tapi best..


Kedua :
Dua Dara Pinggitan....
sepatutnya 3 dara ( sorang lagi masa ni MC- sakit mata ) Kesian ACA....
Sebelah tu dah kenal kan, yang satu lagi tu nama dia NURUL....


Makan time.....
Amboi lapaq nya depa...
Makan elok-elok Fiza dan Nurul,
Tercekik kang sapa yang susah... Abang gak yang susah dik non oiiii......

Ketiga:
Sifatnya periang, kelakar dan sedikit giler... hehehehe
Maaf ye,,, Nama dia Riduan..
Nama timbangan dia KOJEK...
Amacam dengan blog yg abang ajar buat tu,
masih ber0perasi ker.....


mmmm..... cam na ok ker dengan perniagaan kasut...
ramai ker pelanggan.... suka-suka jer...
KOJEK ni terkenal dengan trade mark dia selalu bertanya...
Kat mana. dimana, bila, pukul berapa, macam mana.... hehehe
KELAKAR kan dia......

PESANAN : Harap2 projek kita tu menjadi lah yer......

mmmm..... nantikan selepas ni gambar2 akak2 dan abang kat JKMWPKL untuk tatapan kalian bersama kenangan yang tak dapat di lupakan di JKMWPKL...

Warga WTK JKMWPKL memag best.....

jumpa lagi no.....

Selasa, Januari 19, 2010


Bestnyer lagu ni..... Mendamaikan....


video


Kepada yang masih mempunyai insan-insan tersayang.... hargailah mereka sebelum mereka pergi meninggalkan kita...... Sayangi mereka sebagaimana mereka menyayangi kita......
Renungkanlah sebelum terlambat.....