BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Ahad, Julai 05, 2009

Cantiknya

Cantiknya.....
Salam buat semua.....


Ini meruakan paparan permulaan bagi blog ini.. Permulaan bagi sebuah perjalanan yang panjang..




Disini saya nak ceritakan pasal perjalanan saya ke satu destinasi ke pantai timur... dalam perjalanan saya bersama rakan terjumpa satu kawasan air terjun yang belum tercemar yang penuh dengan keindahan... walaupun berada hanya lebih kurang 200 meter sahaja dari jalan besar, tetapi ia tidak diketahui ramai. Maklumat yang saya perolehi pun dari makcik di sebuah kedai makan yang lebih kurang 10 km dari tempat tuuuu...




Kebetulan pula ketika itu, kami baru sahaja membeli buah durian berharga RM25.00.


( tapi buahnya banyak l/kurang 18 biji )


Saya ni hantu durian.... tambah-tambah durian kampung... mmmmm sedapnya....hehehehe....
Ini lah dia......





Bagi yang ingin mengunjungi atau melewati lebuhraya timur barat di km 55.7 Banun selepas Tasik Banding... ( Opppssss.... lupa nak bagitau,... tiada papan tanda disediakan disitu. Jadi kena pandai-pandai cari lah.... ) cuba-cubalah merasai kesejukkan air terjun ini.. Best sangat... Cuba rasakan kedamaian kawasan tersebut yang masih tersimpan berjuta khazanah hutan yang masih belum diterokai....


Kini tiba untuk terjun, berenang dan mandi sampai puas.....sejuknya tak terkata..... tak dapat nak digambarkan... ia perlu dialami...


jom la......




Bagi pencinta alam, anda harus kesana....



Selamat bercuti..... CUTI-CUTI MALAYSIA

1 ulasan:

vincent PERRAUD berkata...

Very good !!!
See photrom.fr and romtop.blogspot.com
Leave your comment