BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Rabu, September 09, 2009

Salam Ramadhan Semua....

Majlis Berbuka Puasa Kelab Kerja Sosial USM


Maaf la dah lama tak update blog, bz memanjang di awal ramadhan ni,. undangan berbuka puasa, jemputan ceramah motivasi.... letih...

Ni baru je habis projek pertama Kelab Kerja Sosial USM. YDP lah katakan.... Projek pertama dah kena jadi pengarah projek untuk Majlis Iftar dan Qiamullail bersama Masyarakat Islam Orang Asli di RPS Banun Gerik Perak.

Letih... tapi amat membanggakan diri kerana ini projek pertama USM bersama masayarakat orang asli kerarah 1 MALAYSIA... bangga tak... Sambutan dari pelajar amat memberangsangkan sramai 150 0rang terlibat. tu pun ramai lagi yang nak pergi, terpaksa tolak kerana terlebih muatan untuk bas. Walaupu dikenakan bayaran RM 10.00 seorang tetapi rata2 kata amat berbaloi....

Hasil usaha bersama rakan2 exco, projek telah berjaya mendapat sumbangan dari Naib Canselor USM, Jabatan Penerangan Gerik dan JHEOA Gerik, Puteri Umno dan orang perseorangan....

Program bermula dengan gotong royong memasak ala kenduri kampung, Program Sumbagan hari raya dan duit raya kpada orng kampung, berbuka puasa, terawikh, moreh, qiamullail dan bersahur.

Alhamdullillah semua berjalan lancar dengan kehadiran VC dan isteri, wakil HEP, Dekan PPSK, Pengerusi Rancangan Kerja Sosial dan beberapa jempuatan Khas. Amat menggembirakan TV3 sudi membuat liputan program ini dan akan disiarkan didalam edisi khas Buletin Utama dan rancangan khas tidak lama lagi.... Jadi tunggu......

Walaupun penat tetapi amat menyeronokkan apabila dipuji oleh VC, HEP, Dekan, Peng Rancangan dan peserta sebagai program yang penuh pengisian dan berkesan kepada semua.

Terima kasih kepada semua yang telah membantu menjayakan program ini terutama
Dr Azlinda, Za, Ai, Aida, Kir, Keme', dan semua yang terlibat yang tak dapat disebutkan disini.

Terima Kasih semua. Kejayaan projek ini adalah kejayaan semua ahli dan KELAB KERJA SOSIAL.

1 SISWA, 1 KOMUNITI, 1 MALAYSIA

0 ulasan: