BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, Februari 25, 2010

YB DIUJI LAGI……

Hari ini, hati Yb remuk sekali lagi… Entah kenapa Yb sering diuji dengan rintangan-rintangan untuk Yb mencapai keebahagiaan… Harapan yang tinggi menggunung hancur berkecai… Bagi Yb impian yang sedang dibina bakal merubah kehidupan Yb. Namun impian hanya tinggal impian setelah apa yang dihajati tidak kesampaian….

Segalanya akibat JANJI yang tidak ditepati oleh insan-insan MUNAFIQ… Rasa tanggungjawab Yb untuk membantu insan yang memerlukan bantuan namun telah menjadi sebaliknya…

Harapan Yb hancur dek kerana JANJI. Yb faham, Yb tak punya wang ringgit yang banyak untuk membahagiakan insan yang suci bak kain putih namum Yb yakin dapat memberikan sepenuh kasih saying Yb buat B—y itu… Namun harta juga yang dipandang walau terpalit dengan dosa yang telah menyelubungi diri…..
Biarlah Yb terima segalanya dengan hati terbuka…. Kenapa kesedihan masih menyelubungi diri Yb… Telah Yb lakukan yang terbaik untuk diri ini dan diri orang lain, namun begini juga balasan…

YB SERING MEMBAHAGIAKAN ORANG LAIN, NAMUM SIAPA YANG AKAN MEMBAHAGIAKAN DIRI YB???

Ya ALLAH, aku bermohon agar diberikan kekuatan dan sinar kebahagiaan untuk diri ini….

Apa yang berlaku… Yb PASRAH……..

Selasa, Februari 23, 2010

SABARLAH SAYANG KU

Tak tertahan hati mu menanti ku pulang
Kata ku …. SABARLAH SAYANG
Kan ku bawa kau pergi walau kemana pun
Kata ku …. SABARLAH SAYANGKU

Selalu kau tangiskan derita yang terpendam
Kata ku…. SABARLAH SAYANG
Tak sanggup ku begini menyiksakan hatimu
Kata ku…. SABARLAH SAYANGKU

Kupinta dari mu jangan biarkan kusendiri
Menangung asmara
Kau rela walau tak berada
Hanya cinta suci kau harap dariku
Usahlah kau mencurigaiku
Cinta ini hanyalah untuk mu

Kau takut nanti ku jemu memandang wajahmu
Kata ku…. SABARLAH SAYANG
Memakin hari ku kau tunggu risaunya hatimu
Kata ku…. SABARLAH SAYANGKU

Gembira bila ku pulang tak mahu ku lepaskan
Kata ku …. SABARLAH SAYANG
Walupun hari berlalu kau masih menunggu
Kata ku…. SABARLAH SAYANGKU

Telah kau bisikan pada ku suara hatimu
Kata ku…. SABARLAH SAYANG
Sampai bila kau tunggu hidup bersama ku
Kata ku…. SABARLAH SAYANGKU

Khas buat yang tersayang…..

SABAR YE….. SAYANGKU……………………..

TEMAN

Apabila kau ingin SESEORANG sebagai teman,
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kau mungkin akan menjauhinya....

Andai kau ingin SESEORANG sebagai teman,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kau akan membencinya....

Andai kau inginkan SESEORANG sebagai teman,
Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Kau mungkin akan memfitnahnya....

Andai kau inginkan SESEORANG sebagai teman,
Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kau mungkin akan menyalahkannya

Andai kau inginkan SESEORANG sebagai teman,
Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang TEMAN ,
Yang hanya manusia biasa....

Kelemahan ... Kekurangan ... Keburukan ..
Kalau itu yang kau boleh terima dari seorang TEMAN
Tidak mustahil kau akan memperolehi keseimbangan dalam berteman
Kerana kau juga tidak sempurna,
Tiada siapa yang sempurna.....

Hasil Nulikan…..
YB… Biarlah Bulan Bcara Sendiri

Kemaafan Dendam Yang Terindah.....

Yb, mohon maaf kerana telah lama tidah mencatatkan sesuatu dalam blog ni...

Bukan apa, fikiran Yb bercelaru dengan jiwa dan diri Yb sendiri.
Yb keliru antara kasih dan kasihan, Yb bimbang antara kawan dan sahabat, Yb binggung antara masa sekarang dan masa hadapan, Yb tidak fahan antara kejujuran dan kesetiaan....

Entahlah,... Yb ambil kesempatan cuti semester ni untuk pergi bercuti berseorangan... Pulau Perhentian menjadi destinasi untuk Yb mencari jawapan bagi soalan-soalan yang bersarang di jiwa Yb....

Disana Yb cuba memuhasabah diri. Mencari, berfikir, mendalami dan mentafsirkan segalanya...

Akhirnya.... Yb mendapat jawapan yang dicari...

Setelah kembali Yb rasa diri seperti MATI HIDUP SEMULA....
Yb akan memulakan kehidupan baru dengan Jiwa baru dan semangat baru...

Terima Kasih yang Maha Kuasa kerana memberikan cahaya dan petunjuk untuk meneruskan kehidupan....

Doakan Yb agar terus dirahmati dan diberkati di dunia dan akhirat...

Insya allah..... AMIN






Selasa, Februari 09, 2010

Team Boling YB's......

Hari Ahad baru ni (7.2.2010 ) Yb dengan team boling Yb masuk pertandingan boling anjuran Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan USM..

YB antar 3 team, 2 lelaki daan satu po
mpuan.....

Yang bestnyer team lelaki dapat tempat 1 dn 3 dari 6 pasukan dan
team wanita Yb menang tmpat 1 dari 13 pasukan...

Taniah buat semua... ini semua sebagai perlawanan latihan untuk menghadapi Sukan Antara Desasiswa (S
UKAD) di kelantan pada
26-28 Feb 2010 di Kelantan.


Mai kita tengok pic ni dan sama2 tepuk tangan sebagai tanda ucapan TAHNIAH buat semua....
Semoga kita akan menenpah kejayaan di SUKAD nanti.....



Team boling YB's bersama hadiah kemenangan...
Tak sia-sia berlatih dan memilih mereka dalam TEAM YB's


Team lelaki YB's :
Belakang (dari kiri) Hasnol, Ammar, Iman dan YB
Depan ( dari kiri) Wan dan Fahmi


Pretasi Yb ari tu tak berapa baik.... Dah cuba nak dapatkan tmpat ke2 tapi tak berjaya
Dapat No 3.. dan tak dapat best player pun...
Tapi Yb bangga dapat main.... Alhamdulliah....

Mantan NYDP MPDR, Adah pun main dalam team YB tau.... Ni gambar YB dan Adah ( Mantan YDP dan NYDP MPDR 2008/09)




TAHNIAH BUAT SEMUA....
Kita akan cuba buat yang terbaik di SUKAD nanti....

Kamu semua memang BEST GILER.....