BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Rabu, September 09, 2009

Renungkan.....


IBU.....


Bila seronok, aku cari...pasanganku

Bila sedih, aku cari....Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau Mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....


Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu........
Sayangi lah ibu kamu, lebih dari ibu kamu sayangkan kamu.................

Salam Ramadhan Semua....

Majlis Berbuka Puasa Kelab Kerja Sosial USM


Maaf la dah lama tak update blog, bz memanjang di awal ramadhan ni,. undangan berbuka puasa, jemputan ceramah motivasi.... letih...

Ni baru je habis projek pertama Kelab Kerja Sosial USM. YDP lah katakan.... Projek pertama dah kena jadi pengarah projek untuk Majlis Iftar dan Qiamullail bersama Masyarakat Islam Orang Asli di RPS Banun Gerik Perak.

Letih... tapi amat membanggakan diri kerana ini projek pertama USM bersama masayarakat orang asli kerarah 1 MALAYSIA... bangga tak... Sambutan dari pelajar amat memberangsangkan sramai 150 0rang terlibat. tu pun ramai lagi yang nak pergi, terpaksa tolak kerana terlebih muatan untuk bas. Walaupu dikenakan bayaran RM 10.00 seorang tetapi rata2 kata amat berbaloi....

Hasil usaha bersama rakan2 exco, projek telah berjaya mendapat sumbangan dari Naib Canselor USM, Jabatan Penerangan Gerik dan JHEOA Gerik, Puteri Umno dan orang perseorangan....

Program bermula dengan gotong royong memasak ala kenduri kampung, Program Sumbagan hari raya dan duit raya kpada orng kampung, berbuka puasa, terawikh, moreh, qiamullail dan bersahur.

Alhamdullillah semua berjalan lancar dengan kehadiran VC dan isteri, wakil HEP, Dekan PPSK, Pengerusi Rancangan Kerja Sosial dan beberapa jempuatan Khas. Amat menggembirakan TV3 sudi membuat liputan program ini dan akan disiarkan didalam edisi khas Buletin Utama dan rancangan khas tidak lama lagi.... Jadi tunggu......

Walaupun penat tetapi amat menyeronokkan apabila dipuji oleh VC, HEP, Dekan, Peng Rancangan dan peserta sebagai program yang penuh pengisian dan berkesan kepada semua.

Terima kasih kepada semua yang telah membantu menjayakan program ini terutama
Dr Azlinda, Za, Ai, Aida, Kir, Keme', dan semua yang terlibat yang tak dapat disebutkan disini.

Terima Kasih semua. Kejayaan projek ini adalah kejayaan semua ahli dan KELAB KERJA SOSIAL.

1 SISWA, 1 KOMUNITI, 1 MALAYSIA

Jumaat, Ogos 21, 2009

Salam Ramadhan Dari YB


Semoga kita hadapi
puasa tahun ini
seolah-olah inilah
puasa terakhir kita
dan semoga kita mendapat
berkat dari puasa kita
YB ingin memohon sejuta kemaafan
jika ada terkasar bahasa,tersilap kata, terkilaf perbuatan dan tersinggung tingkahlaku





Semoga segala amalan kita dirahmati dan diberkati ALLAH s.w.t....
jangan puasa yang-yok ye...

Rabu, Ogos 19, 2009

Pembubaran Majlis Penghuni Desasiswa Restu (MPDR) Sidang 2008/2009
Pada 20 Julai 2009 bertempat di Bilik Mesyuarat Desasiswa Restu


Alhamdullilah, setelah setahun mengharungi pahit manis dalam mengendalikan MPDR akhirnya MPDR sidang 2008/2009 dibubarkan. Pada malam berkenaan semua Majlis Tertinggi dan Exco MPDR 2008/09 hadir dengan segak bergaya dengan baju korporat MPDR (Oren, Putih dan Biru warna tema Restu). Majlis turut dimeriahkan dengan kehadirann Dr Rahimah A Hamid, Penggwa Desasiswa Restu ( yang amat disayangi ), En Azmi, Pn Rosnah dan Dr Nik Noorma.

Dalam ucapan ringkas saya sebagai YDP MPDR, saya amat berbangga dengan kejayaan MPDR dan komitment yang telah diberikan oleh semua exco amat dihargai. Dengan usaha dan keterlibatan semua exco dan penghuni telah meletakkan MPDR 2008/09 dan Desasiswa Restu berada di kemuncaknya dan menjadi perhatian USM dan kecemburuan MPDR Desasiswa yang lain. Kejayaan ini bukan datang bergolek atau melayang, walaupun pelbagai dugaan dan cabaran datang bersilih ganti, namun ia dapat diatasi dan dengan dugaan ini juga menguatkan lagi azam MPDR 2008/09 untuk terus maju dan maju.


Dr Rahimah A Hamid Penggawa Desasiswa Restu melahirkan rasa bangga terhadap encapaian MPDR 2008/09 yang baginya meruoakan MPDR yang terbaik semenjak 4 sidang yang lalu. Segala curahan tenaga dan jerit perit semua berbaloi apabila MPDR 2008/09 mencapai pelbagai kejayaan pada sidang 2008/09 dan menjadikan MPD Restu disengani oleh desasiswa yang lain. Antara pencapaian Juara Debat dan Pantun, Ke-3 Nasyid USM, Juara 2 tahun berturut-turut Pasukan Sorok Restu, Johan Keceriaan Kampus Walk, Pencapaian terbaik SUKAD dan sebagainya. Harapan beliau agar segala pengalaman didalam penyertaan exco akan dapat digunakan sebaik mungkin apabila keluar di alam pekerjaan nanti. Besar pengorbanan setiap MT dan Exco didalam menaikkan nama Desasiswsa Restu, tak terbalas dengan kata-kata. Hanya doa mengiringi semua yang terlibat.

Paparan Kenangan bersama MT dan Exco.......







Terima Kasih Semua MAjlis Tertinggi MPDR 2008/09
Dari kanan belakang HAS, ZAIM, DAUS, LOCH dan FLORA
Dari kanan duduk MILA, YB, ADAH dan RUBY.
Tiada didalam gambar NAZIR dan IZAT
Selain keringat, tenaga dan idea hanya ini dapat di jadikan kenangan dari MPDR 2008/09 kepada pihak pengurusan Desasiswa Restu. Terima kasih segalanya.
Semoga MDDR 2009/2010 akan tetap unggul dan terus berjaya........
KENANGAN BERSAMA KALIAN DIDALAM MPDR 2008/2009 TETAP TERPAHAT DIDALAM INGATAN SELAMANYA......

Selasa, Ogos 11, 2009

Akta 15 Perlembagaan Pekerja Sosial


Sepasang kekasih baru bekerja sebagai pekerja sosial.. Hamid dan Rosni selalu bersama walau kemana jua.. Suatu malam ketika mereka berdua keluar berdating...

Hamid : 'Kita nak kemana nie?'
Rosni : 'Tak kisah la.. mana-mana pun boleh'
Hamid : 'Apa kata kalau kita ke pantai..
'Rosni : 'Saya ok aje..'

Apabila sampai dipantai mereka berdua tidak keluardari kereta.. mereka hanya berehat sambil berbual-bualdidalam kereta.. Mulanya berbual biasa.. lama-kelamaan..... Hamid meletakkan tangannya dipaha Rosni.. nampaknya Rosni tidak membantah... Beberapa minit kemudian.. Hamid mengerakkan tangannya­ beberapa inci ke atas... Rosni masih tidak membantah... hinggalah akhirnya ketika Hamid mengerakkan tangannya beberapa inci lagi.. Rosni berkata dengan sopan..'

Abang Hamid... ingatlah pada akta 15 dalam perlembagaan pekerja sosial'

Setelah mendengarkan teguran Rosni itu..Hamid terus menarik tangannya menjauhi Rosni.. walaupun sebenarnya dia tidak berapa ingat isi kandungan akta 15 itu..

Hamid : 'Maafkan saya'
Rosni : 'Tak apa'

Lalu mereka pulang...

Di rumah.. Hamid terus masukke bilik dan membuka buku perlembagaan pekerja sosial dan mencari akta 15.. lalu dia membaca kandungannya.­..

'Teruskan Usahamu.. Jangan lakukan Separuh Jalan Sahaja'..

Hamid mengeluh sambil menepuk-nepuk dahinya.....

Hamid: Ruuuuuugggiiiiiii nya aku,,,,,,

hahahhaap/s: ini gurauan sahaja. apapun, elakkan zina di sepanjang masa..ianya di tegah agama islam kita

MMMM......... bestnyer lagu dan video klip ni...

Amacam best tak..... yang penting kita HAPPY.....

HUBUNGAN ANTARA MANUSIA DAN BUAH


Cerita pasal buah2 dan hubungannnya dengan manusia..

Jangan suka mendedah tubuh.
Jadilah seperti jagung, jangan seperti gajus.Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu.

Setia terhadap pasangan
Jadilah seperti pohon pisang. Pohon pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidupnya.

Kecantikan dalaman
Jadilah seperti durian, jangan seperti kedondong.Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam, tetapi di dalamnya lembut dan manis.Berbeza dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat, tetapi di dalamnya ada biji yang berduri.

Jaga kesucian dalam bergaul
Jadilah seperti sengkuang, walaupun hidup dalam tanah dan selut, tetapi umbinya tetap putih bersih.

Selalu bertindak adil
Jadilah seperti tandan petai, bukan tandan rambutan.Tandan petai membahagi makanan sama rata ke biji2nya, semua seimbang, tidak seperti rambutan, ada yang kecil ada yang besar.

Semakin tua semakin bijaksana
Jadilah seperti cili. Semakin tua,semakin pedas.

Jangan bermuka-muka
Jadilah seperti buah manggis. Buah manggis bisa diteka isinya dari bahagian bawah buahnya.

Menjadi banyak manfaat
Jadilah seperti buah dada. Kerana selain bermanfaat sebagai sumber tumbesaran buat anak, ia mampu menjadi alat rekreasi buat bapaknya juga!

Opsss! Jgn marah yaaa...hehehe….gurau jeeeeeeeeeeeee

Khamis, Julai 23, 2009

Renungkanlah......



Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini....awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla..... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye g kuliah?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung, lagipun apa guna body yang
cantik kalau tak bagi ornag tengok!!!

Manusia - Alamak, dah lewat g tutor ni!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat pula nak dapatkan ilmu..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, lah tolong tuliskan nama... tak pergi lagi
baaaiiiikkkkkk.............?

Manusia - Azan sudah kedengaran... .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan
mengetahui !
Syaitan - Perggghh.... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie. Bukan kita minta, depa yang
nak tayang....

Manusia - Sahabatku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh, dosa depa bukan aku? .

Manusia -Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2.... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila.
... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkaii Allah,
berpalinglah dari jalan itu .
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh!!!!!!

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA,kebahagiaan di dunia dan akhirat
untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat
(jangan mimpilah!) untukmu....


Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :

1. Anda - Patutke aku ikut nafsu ku atau mengikut ajarannya...
2. Malaikat - Wahai anak adam taatilah ajarannya dan ingatkan pada kawan yang anda kenal...
3. Syaitan - Tak payah, buang masa... Lubang kubur masaing-masing.... heheheh

Selasa, Julai 21, 2009

Mai kita layan......



A JOKE TO SHARE Huahhh....huahhhh. ..hauhhhhhhhhhh. ......

1. Wanita lebih sejuk dari peti ais kerana ada barang yang belum sempat dimasuk,
sudahpun keras......
2. Kajian mendapati bayi lelaki lebih manja dari bayi perempuan. Bayi perempuan
paling lama menyusu hingga 2 tahun tapi bayi lelaki menyusu hingga ke tua....
3. Petua isteri, kalau mau tau suami dah main dengan pompuan lain, bila balik rumah,
rendam suami dalam bath tub. Kalau buahnya terapung, hukumnya
sah 'air' sudah buang...
4. Beza wanita & gajah - gajah ditembak dulu baru rebah, wanita rebah dulu baru ditembak.
5. Beza lelaki & gajah - gajah kepalanya berbelalai, lelaki belalainya berkepala.
6. Ramai tertanya-tanya kenapa zakar berdiri tegak ketika melakukan seks.
Setelah dikaji teliti, rupa-rupanya didalam vagina ada lagu
"NEGARAKU".
7. Inilah doa isteri jika kemaluan suaminya disengat tebuan. "Ya Allah, hilangkan
kesakitan yang ditanggungnya, tapi kekalkanlah bengkaknya,
Amiiiiinnnnnn................"
8. Sesungguhnya orang-orang yang bangun dan mandi disubuh-subuh hari adalah
orang-orang yang mengerjakan bininya malam tadi...

Habisssssssss. ......... Amboi.amboiiiiiiiiiiiiiii iiiiiiii. .......dah lah tuuu korang ni kalau rita macam
ni...no. 1!!!!!!!!!

Gi study nooooo......

Untungnya.......

Pada minggu lepas Yb berkesempatan mengunjungi kakak Yb yang berada di Kuantan Pahang.. Setelah lama menjalani latikan praktikum, rindu lak pada keluarga di sana. Jadi Yb memulakan perjalanan dari Penang ke Pahang.... Nak tau berapa km? Cuba teka? Dari Penang ke KL 435km dan dari Kl ke Kuantan 297km... jadi kira lah sendiri....jauhkan... penatnya... tapi bak kata Arwah Sudirman... "Perjalanan jauh tak kurasa, kerna hati menlonjak sama, ingin berjumpa sanak saudara, yang selalau bermain dimata... petikan dari lagu BALIK KAMPUNG" hehehe...
Ok apa yang nak Yb ceritakan adalah keuntungan dari menjalankan perniagaan sendiri.. tak kira lah berniaga apa, kasut ker, goreng pisang ker, bundle ker dan apa saja... janji benda yang halal...
mmm Abng ipar Yb menjalankan perniagaan menjaja di pasar malam sekitar bandar kuantan. Apa yang diniagakan?????? Mai sini Yb nak cerita.... Malam minggu lepas Yb g tolong dia meniaga dan sambil tu dapat Yb mengintai kekawan lama di kuantan. Pasar Malam tu di tengah-tengah jalan utama Bandar Kuantan di panggil Pasar Chow Kit. Jangan ingat Kl je ada Chow Kit.... kuantan pun ada... perniagaan bermula dari jam 5.oo petang hingga 10 malam...




Cuba teka apa benda yang didalamnya........ teka. teka, teka...........




Jagung Rebus.... ye jagung rebus....


Mai kita kira keuntungan yang Yb katakan untungnya tadi..... jagung penjodoh bilangannya apa ye.... batang ker, kalau saya tolong betulkan saya ye.....

Harga sebataang jagung bersih : RM0.50 sebatang.
Harga Jualan selepas direbus : RM2.00 sebatang

Jadi pada hari tersebut telah terjual sebanyak 900 batang jagung...

Cuba kira,mmmmmm..... 900 x RM2.00= RM1800.00.... jualan...
Modal 900 x RM0.50 = RM450.00
Untung hari tu secara kasar adalah RM1800.00 - RM450.00 = RM1,350.00
mmmm.... lumayan, lumayan untuk semalaman je.... kalau setiap hari... cuba bayangkan...
YB ada tanya abg ipar Yb, dia katapaling koman di dapat jual semalaman 500 batang...

Huiiiii........ kaya lah ye... itulah jangan mudah pandang rendah orang yang berniaga kecilan ni....
jika rajin, banyak lah untung nyer... mengalahkan pegawai gomen ni....


Kena berniaga lah nampaknya Yb.....



Rabu, Julai 15, 2009

Praktikum I

Salam untuk semua....

Dah lama tak update blog ni kan.... bukan apa sibuk dengan praktikum II.... anda semua sihat kan.. Ohhhhh... lum terlambat untuk YB ucapkkan Selamat Kembali Ke Alam Penggajian.... Sidang Baru.... Kepada pelajar baru Selamat Datang Ke Universiti APEX.....

mmmm.... Yb nak cerita apa ye... apa kata Yb ceritakan pasal praktikum yang telah YB dan rakan2 seperjuangan jalani... ok tak...

Ok.... pada bulan Disember 2008 yang lalu,.. yb telah berpeluang menjalani latihan praktikum di Jabatan Kerja Sosial Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan Pahang... sebulan tu... ini merupakan latihan wajib... 2 kredit tu...
Yb menjalani latihan ni bersama 2 orang adik sekuliah yang lain... Yani dan Ekin... Selama sebulan banyak yang dipelajari disitu dan yb dan rakan terpaksa mengaplikasikan apa yang dipelajari disitu..... Yb diletakkkan di Wad Orthopedik ( Patah ). Macm-macam pesakityang patah disitu. tugasa yb mencari sumber kewangan untuk membantu kos rawatan pesakit.. Ingat nk tunjuk gak gambar pesakit... tapi yb berpegang kepada etika kerahsiaan.... maaf ye....

Ni adik sekuliah yang turut berpraktikal bersama YB di JKSP HTAA
Dari kiri anda.... Yani, YB dan Ekin....






Ni Ketua Jab. Kerja Sosial Perubatan
HTAA Kuantan Pahang..
En Omran....
Seorang yang mudah tersentuh jika
membicarakan hal orang susuh...
(Mudah menangis.... )







Ni second bos....



lah.... lupa lak namanya....
Miss..... apatah.... maaf lah ye...
lupa... Yani, Ekin bantu yb......





Ni lah Pegawai JKSP HTAA yang menyelia yb... cantik kan? Cik Mazura...
Ni gambar masa kuar beli barang untuk sumbangan keluarga pesakit yang dibantu...
Orangnya masih muda dan cukup baik..... banyak memberikan pengalaman dan pengetahuan kepada YB... heheheheh....




Kakitangan JKSP HTAA yang banyak membantu...
Dari kiri anda... Cik Mazura, Kak Zah, lagi dua tu.... lupa gak.... maaf ye..
Last day, Yb present satu paparan satu keluarga yang di berikan bantuan.... Yb memberikan yang terbaik... En. Omran Ketua Jabatan, dan semua kakitangan terharu dengan paparan yang telah Yb bentangkan..... Sekarang keluarga itu telah dijadikan keluarga angkat kepada JKSP HTAA... terima kasih Cik Mazura kerana memberikan peluang untuk yb membuktikan kemampuan yb.....



Terima kasih JKSP HTAA Kuantan Pahang. Jasa tuan dan puan akan tetap dikenang.....



Hari terakhir.... Yb melangkah keluar dari pejabat JKSP HTAA Kuantan Pahang dengan seribu kenangan dan pengalaman yang amat berharga... Dengan harapan Yb berhasrat untuk kembali sebagai Pegawai Kerja Sosial Perubatan suatu hari nanti........ Insya alllah......
YB choew lah dulu...
Nantikan keluaran seterusnya asal Praktikum II di Kg Orang Asli pulak...

Jumaat, Julai 10, 2009

Bahagiakah perkahwinan hanya kerana cinta!!???

Barangkali kisah ini boleh menjadi renungan bagi kita, terutamanya yang ingin berumahtangga, mungkin juga untuk yang bakal berumahtagga, sapa tau kan :
Alkisah, seorang pemuda miskin bernama Jamil, berasal dari Benut, Pontian. Keluarganya hanyalah keluarga sederhana.Tidaklah disebut miskin. Ayahnya sehari-hari bekerja sebagai tukang jahit dikampungnya. Karena kegigihannya, Jamil berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke UTM walaupun dengan perbelanjaan seadanya.
Semasa semester 3 di kampus, Jamil jatuh hati pada seorang gadis bernama Ayu Sofea, juga sama-sama kuliah di fakulti yang sama. Ayu adalah putri seorang tokoh korporat ternama di daerah Johor Bahru dan juga dari keturunan diraja. Walaupun secara ekonomi, mereka jauh berbeza,namun itu tidak menghalang keduanya untuk saling mencintai.
Ayah Ayu yang mengetahui putrinya begitu mencintai pemuda dari keturunan biasa, tak mampu mencegah gelora cinta putrinya. Maka setelah keduanya lulus, pernikahan keduanyapun diselenggarakan dengan meriah. Pesta besar-besaran diadakan untuk mengiringi pernikahan meraka. Ayah Jamil yang tak punya banyak harta, hanya dapat memberikan bantuan sumbangan pakaian,langsir,sarung bantal, yang semuanya dibuat dan dijahit sendiri khas untuk pernikahan anaknya.
Bahagiakah Ayu bersanding dengan Jamil ?
Ternyata kebahagiaan mereka tidak berlangsung lama.
Tibalah saatnya malam pengantin tiba. Mereka berduapun memasuki peraduan dengan bahagia. Namun,ketika Jamil membuka pakaiannya dan tinggal hanya memakai seluar dalam, berteriaklah Ayu dengan kuat, sebelum akhirnya pengsan tak sedarkan diri.
Jamil masih dalam kebingungan dan tidak tahu kenapa isterinya histeria dan pengsan. Dilihatnya seluar dalam yang dipakai. Adehhhhhhh !!! Jamil lupa yang seluar dalam itu dijahit oleh ayahnya, dibuat dari kain bekas bungkus tepung gandum.
Di tengah seluar dalam itu masih terpampang jelas tulisan, 'BERAT BERSIH 25 KG'.
Sudah tentu Ayu terus pengsan melihatnya. Ayu tidak dapat membayangkan seberapa besar isinya dengan berat sebegitu.
Serius nampak baca yek......???!!!
hahahahah....ha... ha... ha....!!
p/s-jgn mare...aaaaaaaaa........

Khamis, Julai 09, 2009

Terima Kasih...... Sekalung Budi, Sejuta Kenangan.....

Selautan penghargaan buat semua yang menjadi penyokong dan pendorong selama ini. Tanpa sokongan dari anda semua, tak mungkin saya akan berada disini dan mencapai kejayaan... Dari mula bertatih di awalan sehingga cuma beberapa langkah sahaja lagi untuk saya menjulang kejayaan. Segala jasa dan bakti kalian akan tetap dikenang sampai akhir hayat....

Ini diantara orang2 yang banyak berjasa dalam membentuk kejayaan saya.... mai kita tengok... yang lain-lain tu.. nanti2 lah saya publish k...( speeking la pulok...)


Ini lah insan yang teristimewa yang pertama memberikan saya peluang untuk meneroka alam dengan didikan dan ilmu yang selama ini diketahui tapi tak di praktikkan.... Saya kagum dengan ketelusan, kegigihan, keazaman beliau mendidik anak bangsa dan mengharungi pahit getir untuk satu tujuan dan matlamat memajukan anak bangsa.


Keperihatinan beliau dalam kebajikan masyarakat Malaysia harus dipuji. Tidak mengenal rupa paras, warna kulit, darjat dan siapa anda, beliau akan terus menghulurkan bantuan selagi terdaya.......




Terusik jua hati ini, bila tadi beliau membicarakan tentang ada dikalangan pelajar beliau yang mengkritik dan menidakkan tugasan beliau.... Mereka ni bg saya macam tanggang yang lupakan ibunya....mmmm entahlah...

Doa saya semoga apa yang dihajati dan diidamkan dalan merubah masa depan Kerja Sosial akan beroleh KEJAYAAN...
amin....
Kenangan Manis bersama dengan Orang Yang Cukup ISTIMEWA.....
Terima kasih tak terhingga .....Dr Azlinda Azman


Ada lagi.......




Sifat keibuan yang terserlah pada beliau amat menarik hati saya dan ramai rakan-rakan seperjuangan saya yang lain.... betul tak, rakan-rakan?



Segala kemahiran keperibadian seorang insan telah diterapkan kepada kami... terima kasih kerana sudi mendidik kami mempelajari erti kehidupan seorang insan...


Terima kasih... Dr. Noriah Mohamed

Mmmmmm........
Saya baru mengenali beliau ketika belaiu menjadi penyelia saya semasa Praktikum I. Seorang yang cukup perihatin terhadap golongan ORANG KELAINAN UPAYA (OKU).

Sejak mengenali beliau,... beliau mudah tersentuh dengan golongan seperti ini. Saya amat terharu meliahat beliau menitiskan air mata setiap kali berbicara berkenaan golongan ini.....

Saya berharap akan mendapat tunjuk ajar dari beliau dan mempelajari sedikit sebanyak untuk mendekati hati dan perasaan golongan OKU sepertinya...

Terima Kasih.....

Prof Madya Dr Angeline S.B Cheah



Mmmmm.... jangan gossip na.....

Ini merupakan SENIOR saya yang banyak membantu dalam urusan pembelajaran. Banyak memberikan tunjuk ajar dalam pengajian, melakukan tugasan, laporan dan sebagainya....

Mengenalinya sewaktu menyertai Ko-K Rancangan Khidmat Masyarakat (RKM) amat mengembirakan...
Menjayakan projek-projek kemasyarakatan bersama teman2 lain satu pengalaman dan kenangan manis yang tak semua orang akan dapat.... Indahnya...
Walaupun sekarang beliau dah kuar, tetapi jasa mu tetap diingatan... Doa saya semoga anda beroleh kejayaan diluar sana.....


Terima kasih...... Ton..... ( maaf la....tak ingat nama penuh)

Letih dah menaip ni.... nantilah saya ceritakan lagi ye......

Salam Sayang buat mereka yang pernah singgah di hati ini.......
Adigos.....

Rabu, Julai 08, 2009

Bahaya...



DOA UNTUK JAUHI WABAK H1N1......


















Mudah-mudahan kita akan dijauhi oleh malapetakaa ini..... Insya ALLAH.....


Anda Memang Best.....



....rasanya ari ni saya nak ceritakan tentang rakan2 yang saya rasa banyak memberikan kenangan bagi tahun 2008 dan 2009. walaupun tahun 2009 belum taman baru separuh... namun ia dah ada kenagan yang tersendiri... selama perkenalan dengan rakan2 ( semuannya adik2 saya )yang istimewa ini pelbagai kenangan suka duka, pahit manis dan selagalanya.... ok mari saya ceritakan sedikit demi sedikit k... Nak cerita semua lengoh tangan ni nak menaip.. tak pe nanti saya akan paparkan dikeluaran seterunya k..... AWAS...
Ni ler saya.....gambar terbaru saya..... boleh tahan gak kan?... ada macam YB tak... mungkin akan menyusul kot......

Rakan-rakan seperjuangan bersama dengan taiko2 masing-masing... hehehe.... maaf ye tak leh diperincikan satu persatu... jadi yang kenal tu..... kenal lah ye.... yang pasti baju kuning (duduk ) sapa ye?



mmmam...... Adah, salah seorang kawan yang cukup istimewa... Comel dan Montel. pernah bergembira bersama, pernah gaduh2(akhirny baik juga... tu yang istimewa tu) Seorang yg cukup dengan sifat kepimpinan, kuat kerja dan idak mudah putus asa. Ooo ya... TAHNIAH atas projek lawatan ke BEIJING CHINA bulan lepas.... dengarnya best... tapi saya tak berkesemoatan nak turut serta.....




Ni sorang lagi..... seorang yang cukup menyenangkan saya. Walaupun orangnya kecik molek, tetapi bersemagat tinggi settinggi gunung fujiyama( tau ke kat mana tu wahai sikecil molek). Orangnya mudah menagis jika terusik, mudah gelabah jika digertak tapi dia ni ahli silat cekak ni... jangan sesekali kacau.... nahas nanti.....

Ni kat langkawi ni.... rehat kejap kat Rumah Mahsuri... mana teh nya.... mak nya.......????


Ni kat pintu jeti langkawi...... Ni program bersama anak2 kedah... aiiikkkkk adik ni orang kedah ker?



Ni..... lagi best bersama-sama dengan tiga serangkai yang cukup aktif didalam M**R tahun 2007.... Kenangan ketika menjalan aktiviti cukup segar diingatan.....



Ok.... yang lain nanti tunggu keluaran seterusnya k.....

SALAM.........




Ahad, Julai 05, 2009

Cantiknya

Cantiknya.....
Salam buat semua.....


Ini meruakan paparan permulaan bagi blog ini.. Permulaan bagi sebuah perjalanan yang panjang..




Disini saya nak ceritakan pasal perjalanan saya ke satu destinasi ke pantai timur... dalam perjalanan saya bersama rakan terjumpa satu kawasan air terjun yang belum tercemar yang penuh dengan keindahan... walaupun berada hanya lebih kurang 200 meter sahaja dari jalan besar, tetapi ia tidak diketahui ramai. Maklumat yang saya perolehi pun dari makcik di sebuah kedai makan yang lebih kurang 10 km dari tempat tuuuu...




Kebetulan pula ketika itu, kami baru sahaja membeli buah durian berharga RM25.00.


( tapi buahnya banyak l/kurang 18 biji )


Saya ni hantu durian.... tambah-tambah durian kampung... mmmmm sedapnya....hehehehe....
Ini lah dia......





Bagi yang ingin mengunjungi atau melewati lebuhraya timur barat di km 55.7 Banun selepas Tasik Banding... ( Opppssss.... lupa nak bagitau,... tiada papan tanda disediakan disitu. Jadi kena pandai-pandai cari lah.... ) cuba-cubalah merasai kesejukkan air terjun ini.. Best sangat... Cuba rasakan kedamaian kawasan tersebut yang masih tersimpan berjuta khazanah hutan yang masih belum diterokai....


Kini tiba untuk terjun, berenang dan mandi sampai puas.....sejuknya tak terkata..... tak dapat nak digambarkan... ia perlu dialami...


jom la......




Bagi pencinta alam, anda harus kesana....



Selamat bercuti..... CUTI-CUTI MALAYSIA

Salam perkenalan...... alhamdulillah.... akhirnya berjaya juga blog saya disiapkan...
Nantikan kemunculan seterusnya....