BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Rabu, Ogos 19, 2009

Pembubaran Majlis Penghuni Desasiswa Restu (MPDR) Sidang 2008/2009
Pada 20 Julai 2009 bertempat di Bilik Mesyuarat Desasiswa Restu


Alhamdullilah, setelah setahun mengharungi pahit manis dalam mengendalikan MPDR akhirnya MPDR sidang 2008/2009 dibubarkan. Pada malam berkenaan semua Majlis Tertinggi dan Exco MPDR 2008/09 hadir dengan segak bergaya dengan baju korporat MPDR (Oren, Putih dan Biru warna tema Restu). Majlis turut dimeriahkan dengan kehadirann Dr Rahimah A Hamid, Penggwa Desasiswa Restu ( yang amat disayangi ), En Azmi, Pn Rosnah dan Dr Nik Noorma.

Dalam ucapan ringkas saya sebagai YDP MPDR, saya amat berbangga dengan kejayaan MPDR dan komitment yang telah diberikan oleh semua exco amat dihargai. Dengan usaha dan keterlibatan semua exco dan penghuni telah meletakkan MPDR 2008/09 dan Desasiswa Restu berada di kemuncaknya dan menjadi perhatian USM dan kecemburuan MPDR Desasiswa yang lain. Kejayaan ini bukan datang bergolek atau melayang, walaupun pelbagai dugaan dan cabaran datang bersilih ganti, namun ia dapat diatasi dan dengan dugaan ini juga menguatkan lagi azam MPDR 2008/09 untuk terus maju dan maju.


Dr Rahimah A Hamid Penggawa Desasiswa Restu melahirkan rasa bangga terhadap encapaian MPDR 2008/09 yang baginya meruoakan MPDR yang terbaik semenjak 4 sidang yang lalu. Segala curahan tenaga dan jerit perit semua berbaloi apabila MPDR 2008/09 mencapai pelbagai kejayaan pada sidang 2008/09 dan menjadikan MPD Restu disengani oleh desasiswa yang lain. Antara pencapaian Juara Debat dan Pantun, Ke-3 Nasyid USM, Juara 2 tahun berturut-turut Pasukan Sorok Restu, Johan Keceriaan Kampus Walk, Pencapaian terbaik SUKAD dan sebagainya. Harapan beliau agar segala pengalaman didalam penyertaan exco akan dapat digunakan sebaik mungkin apabila keluar di alam pekerjaan nanti. Besar pengorbanan setiap MT dan Exco didalam menaikkan nama Desasiswsa Restu, tak terbalas dengan kata-kata. Hanya doa mengiringi semua yang terlibat.

Paparan Kenangan bersama MT dan Exco.......







Terima Kasih Semua MAjlis Tertinggi MPDR 2008/09
Dari kanan belakang HAS, ZAIM, DAUS, LOCH dan FLORA
Dari kanan duduk MILA, YB, ADAH dan RUBY.
Tiada didalam gambar NAZIR dan IZAT
Selain keringat, tenaga dan idea hanya ini dapat di jadikan kenangan dari MPDR 2008/09 kepada pihak pengurusan Desasiswa Restu. Terima kasih segalanya.
Semoga MDDR 2009/2010 akan tetap unggul dan terus berjaya........
KENANGAN BERSAMA KALIAN DIDALAM MPDR 2008/2009 TETAP TERPAHAT DIDALAM INGATAN SELAMANYA......

0 ulasan: