BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jumaat, Ogos 21, 2009

Salam Ramadhan Dari YB


Semoga kita hadapi
puasa tahun ini
seolah-olah inilah
puasa terakhir kita
dan semoga kita mendapat
berkat dari puasa kita
YB ingin memohon sejuta kemaafan
jika ada terkasar bahasa,tersilap kata, terkilaf perbuatan dan tersinggung tingkahlaku





Semoga segala amalan kita dirahmati dan diberkati ALLAH s.w.t....
jangan puasa yang-yok ye...

Rabu, Ogos 19, 2009

Pembubaran Majlis Penghuni Desasiswa Restu (MPDR) Sidang 2008/2009
Pada 20 Julai 2009 bertempat di Bilik Mesyuarat Desasiswa Restu


Alhamdullilah, setelah setahun mengharungi pahit manis dalam mengendalikan MPDR akhirnya MPDR sidang 2008/2009 dibubarkan. Pada malam berkenaan semua Majlis Tertinggi dan Exco MPDR 2008/09 hadir dengan segak bergaya dengan baju korporat MPDR (Oren, Putih dan Biru warna tema Restu). Majlis turut dimeriahkan dengan kehadirann Dr Rahimah A Hamid, Penggwa Desasiswa Restu ( yang amat disayangi ), En Azmi, Pn Rosnah dan Dr Nik Noorma.

Dalam ucapan ringkas saya sebagai YDP MPDR, saya amat berbangga dengan kejayaan MPDR dan komitment yang telah diberikan oleh semua exco amat dihargai. Dengan usaha dan keterlibatan semua exco dan penghuni telah meletakkan MPDR 2008/09 dan Desasiswa Restu berada di kemuncaknya dan menjadi perhatian USM dan kecemburuan MPDR Desasiswa yang lain. Kejayaan ini bukan datang bergolek atau melayang, walaupun pelbagai dugaan dan cabaran datang bersilih ganti, namun ia dapat diatasi dan dengan dugaan ini juga menguatkan lagi azam MPDR 2008/09 untuk terus maju dan maju.


Dr Rahimah A Hamid Penggawa Desasiswa Restu melahirkan rasa bangga terhadap encapaian MPDR 2008/09 yang baginya meruoakan MPDR yang terbaik semenjak 4 sidang yang lalu. Segala curahan tenaga dan jerit perit semua berbaloi apabila MPDR 2008/09 mencapai pelbagai kejayaan pada sidang 2008/09 dan menjadikan MPD Restu disengani oleh desasiswa yang lain. Antara pencapaian Juara Debat dan Pantun, Ke-3 Nasyid USM, Juara 2 tahun berturut-turut Pasukan Sorok Restu, Johan Keceriaan Kampus Walk, Pencapaian terbaik SUKAD dan sebagainya. Harapan beliau agar segala pengalaman didalam penyertaan exco akan dapat digunakan sebaik mungkin apabila keluar di alam pekerjaan nanti. Besar pengorbanan setiap MT dan Exco didalam menaikkan nama Desasiswsa Restu, tak terbalas dengan kata-kata. Hanya doa mengiringi semua yang terlibat.

Paparan Kenangan bersama MT dan Exco.......







Terima Kasih Semua MAjlis Tertinggi MPDR 2008/09
Dari kanan belakang HAS, ZAIM, DAUS, LOCH dan FLORA
Dari kanan duduk MILA, YB, ADAH dan RUBY.
Tiada didalam gambar NAZIR dan IZAT
Selain keringat, tenaga dan idea hanya ini dapat di jadikan kenangan dari MPDR 2008/09 kepada pihak pengurusan Desasiswa Restu. Terima kasih segalanya.
Semoga MDDR 2009/2010 akan tetap unggul dan terus berjaya........
KENANGAN BERSAMA KALIAN DIDALAM MPDR 2008/2009 TETAP TERPAHAT DIDALAM INGATAN SELAMANYA......

Selasa, Ogos 11, 2009

Akta 15 Perlembagaan Pekerja Sosial


Sepasang kekasih baru bekerja sebagai pekerja sosial.. Hamid dan Rosni selalu bersama walau kemana jua.. Suatu malam ketika mereka berdua keluar berdating...

Hamid : 'Kita nak kemana nie?'
Rosni : 'Tak kisah la.. mana-mana pun boleh'
Hamid : 'Apa kata kalau kita ke pantai..
'Rosni : 'Saya ok aje..'

Apabila sampai dipantai mereka berdua tidak keluardari kereta.. mereka hanya berehat sambil berbual-bualdidalam kereta.. Mulanya berbual biasa.. lama-kelamaan..... Hamid meletakkan tangannya dipaha Rosni.. nampaknya Rosni tidak membantah... Beberapa minit kemudian.. Hamid mengerakkan tangannya­ beberapa inci ke atas... Rosni masih tidak membantah... hinggalah akhirnya ketika Hamid mengerakkan tangannya beberapa inci lagi.. Rosni berkata dengan sopan..'

Abang Hamid... ingatlah pada akta 15 dalam perlembagaan pekerja sosial'

Setelah mendengarkan teguran Rosni itu..Hamid terus menarik tangannya menjauhi Rosni.. walaupun sebenarnya dia tidak berapa ingat isi kandungan akta 15 itu..

Hamid : 'Maafkan saya'
Rosni : 'Tak apa'

Lalu mereka pulang...

Di rumah.. Hamid terus masukke bilik dan membuka buku perlembagaan pekerja sosial dan mencari akta 15.. lalu dia membaca kandungannya.­..

'Teruskan Usahamu.. Jangan lakukan Separuh Jalan Sahaja'..

Hamid mengeluh sambil menepuk-nepuk dahinya.....

Hamid: Ruuuuuugggiiiiiii nya aku,,,,,,

hahahhaap/s: ini gurauan sahaja. apapun, elakkan zina di sepanjang masa..ianya di tegah agama islam kita

MMMM......... bestnyer lagu dan video klip ni...

Amacam best tak..... yang penting kita HAPPY.....

HUBUNGAN ANTARA MANUSIA DAN BUAH


Cerita pasal buah2 dan hubungannnya dengan manusia..

Jangan suka mendedah tubuh.
Jadilah seperti jagung, jangan seperti gajus.Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu.

Setia terhadap pasangan
Jadilah seperti pohon pisang. Pohon pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidupnya.

Kecantikan dalaman
Jadilah seperti durian, jangan seperti kedondong.Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam, tetapi di dalamnya lembut dan manis.Berbeza dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat, tetapi di dalamnya ada biji yang berduri.

Jaga kesucian dalam bergaul
Jadilah seperti sengkuang, walaupun hidup dalam tanah dan selut, tetapi umbinya tetap putih bersih.

Selalu bertindak adil
Jadilah seperti tandan petai, bukan tandan rambutan.Tandan petai membahagi makanan sama rata ke biji2nya, semua seimbang, tidak seperti rambutan, ada yang kecil ada yang besar.

Semakin tua semakin bijaksana
Jadilah seperti cili. Semakin tua,semakin pedas.

Jangan bermuka-muka
Jadilah seperti buah manggis. Buah manggis bisa diteka isinya dari bahagian bawah buahnya.

Menjadi banyak manfaat
Jadilah seperti buah dada. Kerana selain bermanfaat sebagai sumber tumbesaran buat anak, ia mampu menjadi alat rekreasi buat bapaknya juga!

Opsss! Jgn marah yaaa...hehehe….gurau jeeeeeeeeeeeee